TRIP KIA ORA - Part 2 --> Lake Tekapo ~ Elephant Rocks ~ Moeraki Boulders ~ Dunedin

By MiaAngie - September 16, 2018

Salam Hari Malaysia :-)

So kita sambung story Kia Ora Part 2 pula.
Dari Lake Tekapo, weolls terus gerak menuju Elephant Rocks, Island Cliff kira² 170km dari Lake Tekapo. Apa ada kat sini? Ada batu² besar kesan hakisan katanya...plus kat sini merupakan lokasi penggambaran filem Narnia 1st, yang ada singa boleh bercakap nama Aslan tu 😛

Memandu long distance ni memang agak membosankan, nak² kalau kelajuan just 100km/h...kematu punggung. Tapi bila memandu di NZ, memang tak bosan sebab pemandangan inland dengan gunung-ganang yang cantik bagai lukisan. Macam lukisan tu ikut kemana jer kita pergi. Selain tu, boleh tengok lembu & kambing :-p.

Sampai di Elephant Rocks, boleh park kereta kat tepi jalan. Masuk ikut pagar yang ditetapkan...lalu dalam kawasan padang ragut hijauuuuuu mak kau :-p. Dari jauh memang syantik sangat rumput ragut yang hijau tu. Tapi AWAS! Sila berhati² sebab takut terpijak tahik lembu @ tahik kambing. Kawasan Elephant Rocks ni boleh tahan luas woooo...

Puas tawaf kat Elephant Rocks, kami teruskan pula perjalanan ke Moeraki Boulders. Nak sampai sana makan masa 2 jam juga. Makan epal & pear yang sedap buat alas perut. Sembang² sambil dengar lagu Hindustan :-p tak sangka dah sampai. Parked kereta di ruang yang disediakan & free, then jalan kaki ke pantai Moeraki Boulders. Sampai sana memang ramai pelancong. So kena cari spot yang ngam, kang ada photobombed. Main² di gigi pantai...berposing dengan batuan yang bulat & licin. Kena hati² kang terpeliot kaki :-p. Kami gerak ke kereta sebab masing² dah lapo.

Sebelum sampai Dunedin, weolls singgah makan kat satu kawasan pekan kecil, ala² pekan koboi :-p. Macam biasa, weolls order fish & chips hahaha. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Weolls teruskan perjalanan ke Dunedin. Di Dunedin weolls stay kat Leith Valley Holiday Park & Motels. Ok tempatnya, kalau ada caravan pun boleh stay sini. Nak mendobi pun boleh.

Bila dah check-in, weolls nak ke Baldwin Street...jalan paling curam di dunia. Nak daki sampai hujung. Sampai sana, aku dah cuak. Bapak curam sangat. Mau pancit 100 kali :-((. Geng yang 4 orang tu slow & steady jalan @ daki ke atas...aku pancit di tengah jalan. Sudahnya jadi mak pacak kat bawah. Bila dah berjaya turun, boleh claim sijil. Dengan aku sekali claim hahaha.

Sebelum balik ke homestay, singgah kat Pak'N'Save dulu beli makanan keperluan. Plan nak masak ayam goreng kicap...gigih kan :)). Seronok ronda² dalam Pak'N'Save ni. Ralit dibuatnya...hahaha mcm semua nak beli...duit jer x cukup 😝

Sampai homestay, tunaikan kewajipan dulu...rehat kejap, then bantu chef Nor kat dapur. Dapurnya comel, jadi bila aku dengan chef dan masuk memang orang lain x boleh join sudah. X boleh lalu kang :-p. Walaupun sebenarnya time ni spring, sejuknya tetap sampai ke tulang. Nak mandi pergggggg sejukkkk weiiii....kalau xde heater memang 2 minggu lah x mandi :-p.

Esok pagi, lepas sarapan nasi goreng sardin...weolls teruskan perjalanan ke Te Anau pula. Berapa jauh jaraknya? hampir 400 km...hahaha kematu lah punggung :-p

p/s: Kat Dunedin boleh singgah kat Kilang Cadbury :-)

Posing dulu dengan Jucy Car yang sexy :-p
Padang ragut yang menghijau...awasssss ada perangkap! 😝
X boleh tulis nama atas batu ha ha ha
For Narnia! For Aslan! Kihkihkih
Moeraki Boulders...batu² unik kesan hakisan beribu tahun dulu...licin permukaan batu ni. Unik!
Lima sekawan :-p
Tangga paling curam di dunia...Baldwin St @ Dunedin
Lepas berjaya daki & turun, sila tuntut sijil anda! NZD1 :-p
Hoyeeeeeeee sijil dah dapat walaupun pancit! Aku yang pancit 😆
Bersambung lagi dalam entry Part 3! Muahsssss 💋💋💋

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. Hahaha rindu nya NZ...
    Ako siap gigih baring atas jln baldwin tu hahaa.. x beli ceklat ke hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn...riani pun rindu kat NZ
      Next time nak plan round satu NZ :-p
      Beli cokelat tapi brand lain :-p

      Delete
  2. salam kenal.. CT follow sini dah masukkan dalam list bloglist Kaki Travel di blog CT.
    tengah kumpul maklumat ke NZ juga bolehlah cedok2 disini walaupun peginya tatau bila hehe.. kumpul2 dlu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga :-)
      Thanks coz follow blog sis...anyway, done follow blog Siti juga
      KIP ya :-)

      Delete
  3. Wowwww ni wislist Sis 2019 ni, harap-harap orang tu nak bawak kita hahahaha/..
    Bestnyaaa Riani, teringin nak gi musim bunga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah semoga termakbul ke NZ...lama dah kita x bertegur sapa di blog kan
      KIP sis :-)

      Delete

Popular Posts