Friday, 21 September 2018

TRIP KIA ORA - Part 3 --> Dunedin ~ Te Anau ~ Milford Sound ~ Queenstown

Kia oraaaaaaa :-)

Sambung story travel NZ tahun lepas lagiiiiiii 😚

Lepas makan nasi goreng sardin yang letoppp tu, kami pun bekerjasama berganding bahu masukkan semua barang dalam van @ estima Jucy yang seksi tu. Destinasi seterusnya ke Te Anau, yang jarak boleh tahan juga jauhnya...400km. Lebih kurang lah :-p. Memang kena tahan sabar kalau memandu kat NZ ni. Kalau x tahan sabar, dompet harus tebal :-p. Bayar saman ok. Polis kat sini lepak tepi jalan, tunggu peluang saman kereta yang ingkar arahan. Serius, nampak jer pickup polis tu dari jauh, memang kelajuan merundum ok :-)). Kalah siput ha ha ha...tapi weolls memang skema memandu di NZ.

Tapi sebelum menghala ke Te Anau, weolls singgah di Nugget Point Lighthouse, dalam 110km dari Dunedin. Time ni hujan renyai² dan berangin. So x berani nak memecut sangat. Seharusnya berhemah dan skema pemanduan kita di NZ ni. Sampai di Nugget Point ni, kena menapak dalam 900++ meter ke rumah api tu. aku rasa macam lebih 1km jer hiking ke rumah api tu. Jalannya bukan lurus, berbukit² ya...mau semput 100x.

Sebelum sampai Te Anau tu, weolls singgah di Pekan Riversdale...memang pekan koboi. Tunggu masa koboi datang tambat kuda kat depan kedai :-p. Pekan ni sunyi lahhhh...sempat posing tengah jalan ok. Memandangkan perut semua dah berdangdut, x boleh nak tunggu dah. Kang ada yang gastrik, keluar acid bagai. Restoran tu ok...aman damai sebab time tu kami jer yang nak lunch. Entah ada orang ke tak pekan ni. Kalau malam mesti scary ha ha ha

Pose wajib sebelum gerakan...depan rumah penginapan kat Dunedin
Antara menu restoran di Riversdale. Ini bukan makanan aku ya...ni chef Nor punya! Meriah kan...harga errrrmmmm sesuai lah dengan kemeriahannya :-p
Ok ini baru kepunyaan hamba...aku x makan ikan salmon, ikan cod, ikan dory ha ha ha 
The Nugget Point Lighthouse...batu² di laut tu lah nugget :-)
Serius member berposing berlatarkan nugget² itu. Sebenarnya time ni hujan rintik² sebab tu muka ketat, takut basah :-p

Memandangkan jarak tu jauh bebenor, memang bengkok member kalau dia drive sorang². So, semua get ready ganti member kalau dah penat. Tidur sepanjang jalan pun penat. Celik mata x sampai lagi, sambung tidur pula. Buka mata lagi, ingatkan dah sampai...rupanya berhenti nak qada hajat :-p.

Lepas lunch, sambung lagi perjalanan. Tukar driver lagi. Member dah nak patah pinggang. Dalam jam 4.30 petang sampai kat pekan Te Anau. Tasik Te Anau tu luas gilakkkk...servis naik boat  ada kalau berminat. Banyak hotel & resort kat pekan ni. Kedai² pun meriah lah banding pekan koboi Reversdale. Di Te Anau weols check in kat Te Anau Top 10 Holiday Park. Dah bersihkan badan & tunaikan kewajipan, weollss beramai² ke dapur nak masak. Apa menu aku dah lupa lah. Lepas makan tengok tv kejap, pastu tidurrrrrr...penat. Esok nak gerak awal ke Milford Sound, jadinya harus awal tidur.

Depan resort & motel di Te Anau...depan tu lah tasiknya  
Layan itik pulang petang @ Te Anau

Lepas subuh, semua dah ready nak gerak ke Milford Sound @ Piopiotahi dalam bahasa Maori. Time keluar dari rumah penginapan, makkkk aiiiii sejuk sampai ke tulang. Rasa macam nak masuk balik dalam rumah berbungkus dengan selimut, sambung tidur! Menggigil² semua angkat barang masuk kereta. Pasang heater pastu gerak. Jalan ke Milford Sound ni memang adventures gilakkkk! Jalannya sempit, basah dan kena hati² bila berselisih dengan kenderaan lain. Memang ngeri + scary. Driver pun mulut kumat-kamit baca doa time memandu. Cemas tapi kontrol kali :-p. Sebelum sampai Milford Sound ni ada satu terowong namanya Homer Tunnel. Terowong ni digali guna tangan, yessss guna tenaga manusia. Jalan dalam terowong ni satu jer, so kena patuhi lampu isyarat. Jalan pergi dan balik guna jalan yang sama. Kalau lampu isyarat dah hijau, gooooooooo...scary kan??? Tapi memang pengalaman yang best! Sempat ambil video sepanjang lalu dalam Homer Tunnel ni.

Sampai kat Milford Sound, weolls ambil pakej cruise dengan Jucy juga sebab ada diskaun dari sewa kereta tu. Cruise departed jam 10.30 so sarapan dulu. Masa ni memang sejuk dan berangin. Ketar² makan sandwich. Aku tengok mat saleh ni relax jer, tahan betul kulit dorang. Rasa nak peluk² orang jer kalau dah sejuk sangat :-p

Yezzaaa tiba masa naik cruise...ambil tempat duduk atas dulu sebab nak tengok view yang cantik sepanjang perjalanan. Tapi sejuk sangat sampai ke tulang. Menggigil tapi mulut tak berhenti bercakap. Kapten kapal merangkap pemandu pelancong bercerita tentang spot² menarik di Milford Sound ni. Sempat tengok anak anjing laut atas batu tengah bermain. Alalala comeyyy sangat :-). Bila kapal ni dah patah balik, kami semua pakat duduk kat bawah dengak dekat dengan kafe. Sejuk sangat dok atas tu. Time ni ada kejadian lucu + kesian pun ada. Mat6 (a.k.a hubby sis ha ha ha) mabuk laut pulok. Sempat muntah lagi...kat toilet ler. Bila sampai kereta, memang dia dah lembik. Suruh dia rehat kat seat belakang, takut makin mabuk. So rehat kat seat belakang driver. Tugas memandu member lain yang take over, si Wilson. Mat6 memang dah lembik. Sempat kami berhenti tepi jalan, dia nak muntah. Bagi makan ubat, tahan lah sikit, so dia tidur.

Gunung-ganang ni cantik gilosss...ini sebelum sampai Homer Tunnel
Masih ok lagi time ni, x mabuk lagi ha ha ha lol
Geng sekapal :-p
Rehat sini sambil panaskan badan...tak tahan dok atas! Sejuk sangat

Singgah pekan Te Anau sebab memang akan jumpa balik pekan ni bila pergi & balik dari Milford Sound. Singgah nak makan, tapi orang cedera x larat nak makan, so rehat dalam kereta. Lepas ni x boleh ler nak naik cruise bagai sebab ada orang mabuk laut :-p. Lepas makan, teruskan perjalanan ke Queenstown. Teruskan lagi pemanduan dalam 2 jam setengah. Kat Queenstown weolls stay dua hari...hehehe itu pun x puas. Dari Te Anau ke Queenstown jalan ok jer, tapi bila dah dekat Queenstown, Ya Allah jalan dah start macam ular, lereng² bukit. Jalan raya tepi tasik...dengan alunan macam ular + sempit. Sempat orang cedera sound kenapa jalan macam ular...makin dia mabuk 😆

Memang kena berhati² drive bila dah nak masuk area Queenstown ni. Nak sampai Queenstown, aku ganti drive dengan Arami, lenguh pinggang weiiii :-p

Nak sampai Queenstown dah :-)
Akak driver...macam driver grab jer :-p

Next kita sambung...Queenstown dan seterusnya 💋
XOXO

4 comments:

  1. Milford cantekkkk... Tak dok bawah air terjun ke??

    Queenstown best!!
    Palingg rilekkk n hapening

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...cantik & sejuk gilakkk
      Dok gak bawah air terjun tp time pegi tu ramai gak org China, so dorang conquered 🤣

      Delete
  2. travelling is fun. i wish i could travel all the time. hmmm

    ReplyDelete