Friday, 21 September 2018

TRIP KIA ORA - Part 3 --> Dunedin ~ Te Anau ~ Milford Sound ~ Queenstown

Kia oraaaaaaa :-)

Sambung story travel NZ tahun lepas lagiiiiiii 😚

Lepas makan nasi goreng sardin yang letoppp tu, kami pun bekerjasama berganding bahu masukkan semua barang dalam van @ estima Jucy yang seksi tu. Destinasi seterusnya ke Te Anau, yang jarak boleh tahan juga jauhnya...400km. Lebih kurang lah :-p. Memang kena tahan sabar kalau memandu kat NZ ni. Kalau x tahan sabar, dompet harus tebal :-p. Bayar saman ok. Polis kat sini lepak tepi jalan, tunggu peluang saman kereta yang ingkar arahan. Serius, nampak jer pickup polis tu dari jauh, memang kelajuan merundum ok :-)). Kalah siput ha ha ha...tapi weolls memang skema memandu di NZ.

Tapi sebelum menghala ke Te Anau, weolls singgah di Nugget Point Lighthouse, dalam 110km dari Dunedin. Time ni hujan renyai² dan berangin. So x berani nak memecut sangat. Seharusnya berhemah dan skema pemanduan kita di NZ ni. Sampai di Nugget Point ni, kena menapak dalam 900++ meter ke rumah api tu. aku rasa macam lebih 1km jer hiking ke rumah api tu. Jalannya bukan lurus, berbukit² ya...mau semput 100x.

Sebelum sampai Te Anau tu, weolls singgah di Pekan Riversdale...memang pekan koboi. Tunggu masa koboi datang tambat kuda kat depan kedai :-p. Pekan ni sunyi lahhhh...sempat posing tengah jalan ok. Memandangkan perut semua dah berdangdut, x boleh nak tunggu dah. Kang ada yang gastrik, keluar acid bagai. Restoran tu ok...aman damai sebab time tu kami jer yang nak lunch. Entah ada orang ke tak pekan ni. Kalau malam mesti scary ha ha ha

Pose wajib sebelum gerakan...depan rumah penginapan kat Dunedin
Antara menu restoran di Riversdale. Ini bukan makanan aku ya...ni chef Nor punya! Meriah kan...harga errrrmmmm sesuai lah dengan kemeriahannya :-p
Ok ini baru kepunyaan hamba...aku x makan ikan salmon, ikan cod, ikan dory ha ha ha 
The Nugget Point Lighthouse...batu² di laut tu lah nugget :-)
Serius member berposing berlatarkan nugget² itu. Sebenarnya time ni hujan rintik² sebab tu muka ketat, takut basah :-p

Memandangkan jarak tu jauh bebenor, memang bengkok member kalau dia drive sorang². So, semua get ready ganti member kalau dah penat. Tidur sepanjang jalan pun penat. Celik mata x sampai lagi, sambung tidur pula. Buka mata lagi, ingatkan dah sampai...rupanya berhenti nak qada hajat :-p.

Lepas lunch, sambung lagi perjalanan. Tukar driver lagi. Member dah nak patah pinggang. Dalam jam 4.30 petang sampai kat pekan Te Anau. Tasik Te Anau tu luas gilakkkk...servis naik boat  ada kalau berminat. Banyak hotel & resort kat pekan ni. Kedai² pun meriah lah banding pekan koboi Reversdale. Di Te Anau weols check in kat Te Anau Top 10 Holiday Park. Dah bersihkan badan & tunaikan kewajipan, weollss beramai² ke dapur nak masak. Apa menu aku dah lupa lah. Lepas makan tengok tv kejap, pastu tidurrrrrr...penat. Esok nak gerak awal ke Milford Sound, jadinya harus awal tidur.

Depan resort & motel di Te Anau...depan tu lah tasiknya  
Layan itik pulang petang @ Te Anau

Lepas subuh, semua dah ready nak gerak ke Milford Sound @ Piopiotahi dalam bahasa Maori. Time keluar dari rumah penginapan, makkkk aiiiii sejuk sampai ke tulang. Rasa macam nak masuk balik dalam rumah berbungkus dengan selimut, sambung tidur! Menggigil² semua angkat barang masuk kereta. Pasang heater pastu gerak. Jalan ke Milford Sound ni memang adventures gilakkkk! Jalannya sempit, basah dan kena hati² bila berselisih dengan kenderaan lain. Memang ngeri + scary. Driver pun mulut kumat-kamit baca doa time memandu. Cemas tapi kontrol kali :-p. Sebelum sampai Milford Sound ni ada satu terowong namanya Homer Tunnel. Terowong ni digali guna tangan, yessss guna tenaga manusia. Jalan dalam terowong ni satu jer, so kena patuhi lampu isyarat. Jalan pergi dan balik guna jalan yang sama. Kalau lampu isyarat dah hijau, gooooooooo...scary kan??? Tapi memang pengalaman yang best! Sempat ambil video sepanjang lalu dalam Homer Tunnel ni.

Sampai kat Milford Sound, weolls ambil pakej cruise dengan Jucy juga sebab ada diskaun dari sewa kereta tu. Cruise departed jam 10.30 so sarapan dulu. Masa ni memang sejuk dan berangin. Ketar² makan sandwich. Aku tengok mat saleh ni relax jer, tahan betul kulit dorang. Rasa nak peluk² orang jer kalau dah sejuk sangat :-p

Yezzaaa tiba masa naik cruise...ambil tempat duduk atas dulu sebab nak tengok view yang cantik sepanjang perjalanan. Tapi sejuk sangat sampai ke tulang. Menggigil tapi mulut tak berhenti bercakap. Kapten kapal merangkap pemandu pelancong bercerita tentang spot² menarik di Milford Sound ni. Sempat tengok anak anjing laut atas batu tengah bermain. Alalala comeyyy sangat :-). Bila kapal ni dah patah balik, kami semua pakat duduk kat bawah dengak dekat dengan kafe. Sejuk sangat dok atas tu. Time ni ada kejadian lucu + kesian pun ada. Mat6 (a.k.a hubby sis ha ha ha) mabuk laut pulok. Sempat muntah lagi...kat toilet ler. Bila sampai kereta, memang dia dah lembik. Suruh dia rehat kat seat belakang, takut makin mabuk. So rehat kat seat belakang driver. Tugas memandu member lain yang take over, si Wilson. Mat6 memang dah lembik. Sempat kami berhenti tepi jalan, dia nak muntah. Bagi makan ubat, tahan lah sikit, so dia tidur.

Gunung-ganang ni cantik gilosss...ini sebelum sampai Homer Tunnel
Masih ok lagi time ni, x mabuk lagi ha ha ha lol
Geng sekapal :-p
Rehat sini sambil panaskan badan...tak tahan dok atas! Sejuk sangat

Singgah pekan Te Anau sebab memang akan jumpa balik pekan ni bila pergi & balik dari Milford Sound. Singgah nak makan, tapi orang cedera x larat nak makan, so rehat dalam kereta. Lepas ni x boleh ler nak naik cruise bagai sebab ada orang mabuk laut :-p. Lepas makan, teruskan perjalanan ke Queenstown. Teruskan lagi pemanduan dalam 2 jam setengah. Kat Queenstown weolls stay dua hari...hehehe itu pun x puas. Dari Te Anau ke Queenstown jalan ok jer, tapi bila dah dekat Queenstown, Ya Allah jalan dah start macam ular, lereng² bukit. Jalan raya tepi tasik...dengan alunan macam ular + sempit. Sempat orang cedera sound kenapa jalan macam ular...makin dia mabuk 😆

Memang kena berhati² drive bila dah nak masuk area Queenstown ni. Nak sampai Queenstown, aku ganti drive dengan Arami, lenguh pinggang weiiii :-p

Nak sampai Queenstown dah :-)
Akak driver...macam driver grab jer :-p

Next kita sambung...Queenstown dan seterusnya 💋
XOXO

Sunday, 16 September 2018

TRIP KIA ORA - Part 2 --> Lake Tekapo ~ Elephant Rocks ~ Moeraki Boulders ~ Dunedin

Salam Hari Malaysia :-)

So kita sambung story Kia Ora Part 2 pula.
Dari Lake Tekapo, weolls terus gerak menuju Elephant Rocks, Island Cliff kira² 170km dari Lake Tekapo. Apa ada kat sini? Ada batu² besar kesan hakisan katanya...plus kat sini merupakan lokasi penggambaran filem Narnia 1st, yang ada singa boleh bercakap nama Aslan tu 😛

Memandu long distance ni memang agak membosankan, nak² kalau kelajuan just 100km/h...kematu punggung. Tapi bila memandu di NZ, memang tak bosan sebab pemandangan inland dengan gunung-ganang yang cantik bagai lukisan. Macam lukisan tu ikut kemana jer kita pergi. Selain tu, boleh tengok lembu & kambing :-p.

Sampai di Elephant Rocks, boleh park kereta kat tepi jalan. Masuk ikut pagar yang ditetapkan...lalu dalam kawasan padang ragut hijauuuuuu mak kau :-p. Dari jauh memang syantik sangat rumput ragut yang hijau tu. Tapi AWAS! Sila berhati² sebab takut terpijak tahik lembu @ tahik kambing. Kawasan Elephant Rocks ni boleh tahan luas woooo...

Puas tawaf kat Elephant Rocks, kami teruskan pula perjalanan ke Moeraki Boulders. Nak sampai sana makan masa 2 jam juga. Makan epal & pear yang sedap buat alas perut. Sembang² sambil dengar lagu Hindustan :-p tak sangka dah sampai. Parked kereta di ruang yang disediakan & free, then jalan kaki ke pantai Moeraki Boulders. Sampai sana memang ramai pelancong. So kena cari spot yang ngam, kang ada photobombed. Main² di gigi pantai...berposing dengan batuan yang bulat & licin. Kena hati² kang terpeliot kaki :-p. Kami gerak ke kereta sebab masing² dah lapo.

Sebelum sampai Dunedin, weolls singgah makan kat satu kawasan pekan kecil, ala² pekan koboi :-p. Macam biasa, weolls order fish & chips hahaha. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Weolls teruskan perjalanan ke Dunedin. Di Dunedin weolls stay kat Leith Valley Holiday Park & Motels. Ok tempatnya, kalau ada caravan pun boleh stay sini. Nak mendobi pun boleh.

Bila dah check-in, weolls nak ke Baldwin Street...jalan paling curam di dunia. Nak daki sampai hujung. Sampai sana, aku dah cuak. Bapak curam sangat. Mau pancit 100 kali :-((. Geng yang 4 orang tu slow & steady jalan @ daki ke atas...aku pancit di tengah jalan. Sudahnya jadi mak pacak kat bawah. Bila dah berjaya turun, boleh claim sijil. Dengan aku sekali claim hahaha.

Sebelum balik ke homestay, singgah kat Pak'N'Save dulu beli makanan keperluan. Plan nak masak ayam goreng kicap...gigih kan :)). Seronok ronda² dalam Pak'N'Save ni. Ralit dibuatnya...hahaha mcm semua nak beli...duit jer x cukup 😝

Sampai homestay, tunaikan kewajipan dulu...rehat kejap, then bantu chef Nor kat dapur. Dapurnya comel, jadi bila aku dengan chef dan masuk memang orang lain x boleh join sudah. X boleh lalu kang :-p. Walaupun sebenarnya time ni spring, sejuknya tetap sampai ke tulang. Nak mandi pergggggg sejukkkk weiiii....kalau xde heater memang 2 minggu lah x mandi :-p.

Esok pagi, lepas sarapan nasi goreng sardin...weolls teruskan perjalanan ke Te Anau pula. Berapa jauh jaraknya? hampir 400 km...hahaha kematu lah punggung :-p

p/s: Kat Dunedin boleh singgah kat Kilang Cadbury :-)

Posing dulu dengan Jucy Car yang sexy :-p
Padang ragut yang menghijau...awasssss ada perangkap! 😝
X boleh tulis nama atas batu ha ha ha
For Narnia! For Aslan! Kihkihkih
Moeraki Boulders...batu² unik kesan hakisan beribu tahun dulu...licin permukaan batu ni. Unik!
Lima sekawan :-p
Tangga paling curam di dunia...Baldwin St @ Dunedin
Lepas berjaya daki & turun, sila tuntut sijil anda! NZD1 :-p
Hoyeeeeeeee sijil dah dapat walaupun pancit! Aku yang pancit 😆
Bersambung lagi dalam entry Part 3! Muahsssss 💋💋💋

Saturday, 8 September 2018

TRIP KIA ORA - Part 1 --> Auckland ~ Christchurch ~ Lake Tekapo

Salam :)

Hari ni memandangkan cuti hari sabtu, mood nak update blog tetibe ada...cantik! Idea boombastic tu tidak lah...cuma nak share pengalaman gi obersea. Haaaah! Over the sea...and vitamin sea :-p. Tapi trip ni bukan baru-baru ni punya trip...last year punya! Hahahaha!

Dalam entry sebelum ni, aku pernah mentioned pasal nak ke negara kiwi kan? New Zealand! Yup, New Zealand! Macam percaya kan boleh sampai sana...perasaan tu memang syiok yang tak terungkap dengan kata-kata.

So, untuk menjayakan plan NZ ni, aku & rakan-rakan main kutu khas untuk melancong. Setiap bulan RM150 bermula Januari 2016. Perghhhh betul-betul baik punya perancangan. Dalam urusan kutu ni, aku lah banker merangkap bendahari trip NZ ni. Selain itu, aku pun rangka & planned itinerary sesuai dengan bajet. Banyak blog yang aku singgah dan lawat sepanjang buat itinerary NZ ni. Selain blog, aku cari info kat FB & IG. Sambil-sambil tu jenguk website ticketing...mana tau tetibe ada sales kan.

Kebetulan, AA buat sales awal tahun 2017...memang rezeki lah kalau dapat pancing tiket mur-mur kan. aku tried banyak kali juga...lagging & lagging tu wajib! Tapi kalau dah rezeki memang tak ke mana. Alhamdulillah aku dapat pancing ticket KUL - AKL - KUL = AA dengan RM948 mulai 29 September 2017 - 12 Oktober 2017!!! Dengan harga macam tu memang x boleh tunggu dah. Terus rembat lah! Bila dah dapat ticket ke Auckland, nak beli ticket ke Christchurch pula sebab nak explore south island. Untuk flight AKL - CHC - AKL weolls beli ticket dengan Air New Zealand = RM550.

Bila tiket dah ada, next step plan itinerary yang betul-betul punya lah. Settlekan penginapan, sewa kereta, list barang-barang yang perlu di bawah...list Pak'N'Save yang terdekat...wajib shopping jajan kat Pak'N'Save kalau dah kat NZ. Ayam & daging halal pun dorang ada jual. Syukur :)

So tiba hari yang ditunggu...seronok + dagdigdug. Titik pertemuan 5 orang FIT (free independence traveller) a.k.a backpackers di KLIA2. Sembang-sembang, gelak-gelak, tepuk tampar sebelum masuk departure hall. Flight ke Auckland berlepas dari KLIA2 pada jam 11.30 malam. Memang tido jer lah dalam flight...tapi x lena mana pun...tidur-tidur ayam. Kalau naik AA, flight ni akan singgah di Gold Coast, Aussie. Tapi x perlu nak amik visa Aussie sebab singgah kejap jer. Kejap-kejap pun tetap kena turun kat routine checking. Settle checking bagai, naik balik kapal yang sama tapi crew AA yang lain sudah. Bestnya dorang dah segar bugar...weollsss gosok gigi & cuci muka jer :-p.

Alhamdulillah, jam 4 petang (waktu NZ) touchdown di Auckland! Kia Ora!. Masa NZ beza 4 jam dari Malaysia. Lama woooo urusan imigresen & kastam NZ ni...bapak ramai pelancong :-p. Nak senang declare jer kat borang kuning tu apa yang kita bawa. Clean & clear. Lepas tu aku & the geng bergerak ke domestic departure untuk flight ke Christchurch pula. Time ni spring, jadinya memang sejuk-sejuk sampai ke tulang juga :-)⎹

Berlepas dari Auckland ke Christchurch dalam 8.30 malam & sampai di CHC dalam jam 9.30 malam. Singgah solat jap kat bilik solat yang disediakan dalam area arrival. Settle semua urusan, kami semua gerak ke penginapan di Jucy Snooze, bersebelahan dengan airport CHC.

Keesokan hari tu, settle urusan personal, kami naik shuttle Jucy ke pejabat sewa kereta Jucy. Sekejap jer urusan kat pejabat Jucy sebab payment dah settle awal lagi. Next location --> Lake Tekapo & Lake Pukaki. Perjalanan amik masa 3-4 jam sebab had kelajuan 100km/h...kalau terlajak laju SAMAN ler! Polis traffic NZ ni memang lepak tepi jalan weiii...seram!

Team FIT yang gila-gila :-))
Lake Pukaki yang sangat cantik...bagai lukisan
Air tasik ni memang sejuk gilakkk...menggigil bahhhhhh 
Suasana awal pagi di Lake Tekapo dengan suhu 2'c...gigil 
Posing depan homestay yang berdepan dengan Lake Tekapo...syiok ok 
Church of Good Shepherd...salah satu landmark @ Lake Tekapo

Dari Lake Tekapo kami meneruskan perjalanan ke Dunedin...continue di entry yang seterusnya :-))
See ya 😉

Sunday, 2 September 2018

Hiatus

Salam kemerdekaan & Salam Sayangi Malaysiaku :)

Lama gilakkk aku dalam mode hiatus (^__^)
Lebih 2 tahun juga lah aku dalam mode hibernasi....tak timbul-timbul :-))
Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh dua tahun ni...perubahan kehidupan :-p
Apapun nanti aku cer-cer dalam entri yang selanjutnya
Semoga lepas ni aku boleh merajinkan diri macam dedolu time blogger ni tengah peak :-)



















:-)

Monday, 4 April 2016

Post-exam

Alhamdulillah aku dah lepas berexam bagai 21 Mac ari tu. Nak exam tu macam-macam drama lah yang berlaku. Susah ler kalau berhadapan dengan manusia yang perasan bagus dan asyik cari silap orang lain. Nampak sangat tiada life :-p. Abaikan bebelan mak noks...hahaha apa-apa pun exam dah lepas (PASS grednya) pun dah kira OK sangat-sangat. Yerlah...mestilah OK sebab make-up ni bukan core bidang aku dan geng sekapal yang lain. Semuanya bidang terjun ke laut...tapi weols usaha gak nak hadapi exam dan segala drama itew. Ambil yang baik, buruk jadi sempadan :-). Mujur aku deal dengan model yang kulit muka shantek dan kuku pun senang nak ditatariaskan. Kalau kuku kontot macam aku ni memang masak lah nak mendeko nanti. Bila tang penilaian tu aku dah malas nak fikir apa! Serius! Aku penat! Kalau boleh nak abis cepat semua ni...aku exam kat U pun tak macam ni. Time penilaian tu aku iyakan jer apa yang penilai tu komen.

Bagi aku...kalau aku rasa yang model yang aku mekap tu dah menarik (Tema aku : Night Makeup) dan puashati dengan hasil kerja aku, ok DONE. Nak komen pun komen lah! Macam mana kalau yang komen hasil kerja ko tu dia pun tak pakai mekap??? Sapa boleh jawab??? Hurmmmmm....Namun, apa-apapun pengakhiran dalam drama exam makeup ni aku fikir positif. Apa yang aku pelajari boleh build up lagi skills aku dalam melaksanakan kursus pendek yang berkaitan. Bab-bab makeup ni bagi aku tiada betul atau salah. Masing-masing ada kreativiti dan kemahiran tersendiri. Muka kita ni kan ibarat canvas...haaaaaa lukis lah ikut apa yang kita kehendaki sesuai dengan keadaan semasa. Kalau dah member nak Day Make-up, jangan lah pulak kita mekapkan muka dia dengan tema Drag. Haru biru kan tu.


Geng karas happy sebab dah abisssss exam :-)


Lagiiiii :-p


Kurang seorang lagi ni...gi mana ntah si Siti...Yipppiiiieeee dah abissss


Model kahkahkahkah...sampai tertidur-tidur budak ni aku mekapkan :-p

Lepas exam, aku gi released tension dengan dengan movie...dah lama tak ngedate dengan anak-anak dan bapaknya. Kebetulan lak minggu tu public holiday sempena Good Friday dan tayangan premier movie Batman vs Superman & Kung Fu Panda 3. Memang timing chantekkkk!!! Puas lah makan popcorm GSC yang manis gilerrr tapi sedap :-p. Weekend tu pula aku & family gi rehat-rehatkan minda di Nexus Karambunai Resort & Spa...memang seronok lah budak-budak tu mandi kolam + mandi laut smpai sunburn ngko!!! (^__^)