The Peaks @ Tawau

By MiaAngie - September 02, 2019

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1441H

Sambil dengar lagu jaman dolu-dolu (Dekat Padamu ~ Yusry KRU) ada mood mau update blog bersawang ini. Sementara ada idea apa yang mau ditaip, bagus cepat-cepat duduk depan pc sebelum mood M datang kembali :-p.

Last 2 weeks aku & pak melor a.k.a abg misai mengalami rasa boring yang melampau di hujung minggu. Mau tidur siang tapi x mengantuk. TV pun tayang cerita yang sama 100x. Jadinya, aku ajak pak melor jalan-jalan ke The Peaks, berdekatan dengan Bukit TV. Bukit tu dipanggil bukit TV mungkin disebabkan adanya stesen TV di atas bukit tu. Nama jalan pun stesen TV. Kiranya ini 1st time datang The Peaks walaupun dah lebih dua tahun aku kembali berkhidmat di Tawau.

Perjalanan ke The Peaks dari rumah lebih kurang 15km, namun bentuk muka bumi yang berbukit rasa macam jauh nau. Tambahan pula jalan raya ke sana ada berlubang sedikit, kan berkongsi dengan lori-lori sawit (ini andaian aku) sebabnya kiri kanan ladang sawit. Dari rumah ikut Jalan Sin On Tiku dan takkan sesat punya sebab selain bantuan pacik google, ada signboard kecil yang telah dipasang. Pak melor dengan yakin pandu kereta sebelah tangan ok hahaha lol :-p

Sampai di The Peaks, free parking saja...tapinya di tepi-tepi jalan lah. Sebelum ni, member yang sudah pergi sini bagtau yang tempat ini ada entrance fee. Apa yang menarik di sini, bangunan utama The Peaks itu adalah daripada kontena yang telah diubahsuai. Jimat space dan jimat $$$ dengan lokasi di atas bukit ni lah kan. Sesuai sangat :-).

Lepas beli tiket masuk RM10 seorang (agak mahal lah bagi aku :-p), aku & pak melor tolak pintu masuk yang telah disediakan. Ada beberapa orang pengunjung yang sedang berposing di kawasan The Peaks ini. Pintu masuk dan keluar tak sama. Ala-ala masuk theme parks pun ada (^_^). Cuaca mendung dan agak berangin...nyaman. Tapi kalau tengok langit, macam mau hujan pun ada. Di sini ada mini cafe kalau nak lepak ngopi sambil tengok view Tawau dari atas.

Ini kat anjung depan...latar belakang pokoks sawit :-p
Nun jauh di sana Bandar Tawau...tengok awan tu teballllll
Bunga pelesu :-p
Puas lepak kat platform tinjau kami naik ke kontena tingkat atas...atas cafe mini itu. Kat bahagian atas ini ada dekorasi yang suwet-suwet gitew. Boleh lah acah-acah feeling romantik (hahaha muntah ijo). Macam-macam posing lah ba yang kami buat sampai nak terlempar phone tu :-p.

Fuahfuahfuah senyuman mu bang :-))

Puas tahan nafas ini tau ha ha ha

Kan sudah cakap...mau juge pose romantik (O_O)

The Peaks

Sayangnya sayap itu The Peaks yang punya :-))

Peluk pokok atau peluk dinding

Pose sebelum kejadian telefon hampir terlempar huhuhu

Pose lompat wajib ado :-p
Panorama view
Penat duduk, berjalan, berdiri...kami pun decided beransur dari sini sebab hujan rintik-rintik sudah turun. Aku & pak melor x minum di mini cafe tu sebab memang dah plan mau makan cake di Cakes&Co. Aku tanya pak melor, next time mau datang sini lagi kah? Dia diam x jawab. Dia diam aku pun diam. Terus dia cakap.."Cukuplah sekali". Ha ha ha

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts