Perth : Part V

By MiaAngie - January 23, 2016

Cerita-ceriti Perth bersambung lagi...rasanya part V ni final lah kan :-p
Lepas check-out, kami gerak ke King's Park untuk berehat-rehat sambil tunggu masa nak ke airport. Kebetulan kawasan apartment ni bersebelahan dengan King's Park. Dekat memang dekat tapi nak ke sana kena mendaki wei. Kalau hari-hari macam ini confirm aku slim selam. Flight balik kampung dalam jam 4.50 petang, jadi sempat lagi cuci mata di taman yang santik ini. Budak-budak ni memang suka sangat lepak di taman raja ni. Rumput carpet yang cantik (tapi risau juga manatau ada sisa-sisa kumbahan anjing) jadi bolehlah dorang buat aksi gimnastik yang x jadi :-p.

Perth at nite :-)

Mau balik sudah ya geng (^_^)

Boleh si kakak ni split...kalau aku patah tiga sudah

Ok sudah...jom balik 

Trip aku dan famili ke Perth x menggunakan travel agent macam yang aku cer dalam post sebelum ini. Aku banyak baca info kat blog Kaki Berangan dan forum Cari dalam thread All About Perth. Study mengalahkan budak U ok...hahaha :-p. Time gi Busan & Seoul pun aku study macam ni. Study kat blog-blog travellers. Seronok tengok gambar dan info yang diceritakan dalam blog-blog itu. Alhamdulillah, anak-anak aku x banyak ragam dan x cerewet sangat pasal makan. Aku seronok tengok budak berdua ni seronok. Lepas ni boleh plan jejalan ke negara idaman si kakak pula...hihihi :-)). Banyak tips yang aku dapat sepanjang study kat internet pasal nak jalan-jalan ke Perth ni. Antaranya :
  • Visa boleh minta travel agent buatkan...lagi murah banding mohon online. RM20 seorang dengan travel agent banding AUS35 kalau thru online. 
  • Declare jer makanan yang kita bawa dari Malaysia...asal x bawa makanan yang dilarang, Insya Allah jalan ala-ala unguk ngadau depan pegawai kastam dorang :-p
  • Patuhi had laju...kalau 50km/j pandu lah 50km/j. Kalau surat saman sampai kampung lagi haru-biru kita dibuatnya.
  • Kalau anak bawah umur bawah 7 tahun, kena duduk atas baby seat..WAJIB. Sampai sekarang Atiqah tanya kenapa dia kena duduk dalam kerusi baby. 
  • Isi petrol penuh bila di bandar, sebab kalau dah masuk area yang jauh dari bandar harga petrol makin mahaiiii.
  • Bawa botol kosong...untuk kegunaan apabila ke WC (*__^).
  • Jangan lupa pakai sun block cream...kang mukanya hangit macam aku hahahahaha :-p. Time pegi Perth dah nak masuk summer...memang masak ler :-p
  • Aktifkan kad debit/kredit untuk penggunaan di luar negara sebab mostly kereta sewa atau hotel yang kita dah booked thru internet prefer kad debit/kredit. Kang mengagau macam aku...hahahaha. Mujur abg misai ada sebagai penyelamat kihkihkihkih...lawak pun iya kalau ingat balik kenangan itu :-p.
  • Nak guna travel agent atau sendiri berhad itu optional...terpulang kepada keselesaan masing-masing. Semua tu ada pros and cons...depends. Macam aku memang suka backpackers ni...thrill dan seronok!!! Tapi kalau nak guna travel agent pun ok...no probs hehehe
Pengalaman berjalan-jalan di negara orang merupakan moments yang sangat berharga untuk semua orang, baik tua atau muda.
Next mau plan untuk next trip lak...hihihi tapi negara wishlist aku buat masa sekarang (boleh berubah mengikut perkembangan semasa) ialah NZ dan EU...menabung bertahun-tahun lah jawabnya kalau nak buat trip jelajah EU tu ok...Insya Allah

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. sebelum ni buat rujukan dekat blog orang, lepas ni orang rujuk pula blog ni bila nak travel, hehe :)
    Btw, NZ besttttttt gila. Tapi mahal ya ampun. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank bloghopping di sini
      memang kena menabung setahun kalau nak gi NZ kan
      BTW, suka baca blog u sis :-)

      Delete
  2. Riani.... gi NZ!!! Seriuosly recommended to you n family... nice view... driving kt nz superb....kat Ausi ok x drive? Nk plan g australia tp x tau nk g area mn? Riani aritu g perth aje eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ret...NZ tu dah masuk dalam wishlist riani. Plan nak gi tahun 2017...InsyaAllah.
      Kat Aussie drive sangat ok, sama jer mcm NZ rasanya...folo speed limit
      Kat Perth tu sesuai utk relax and laid back. Xde busy sgt hihihi
      Nant nak gi NZ, riani refer ur itinerary kat blog yeah!!!

      Delete

Popular Posts