Walimatul Urus

By MiaAngie - January 31, 2016

Cerita pasal jalan-jalan sudah....so sekarang nak share cerita ceriti majlis walimatul urus adik bongsu aku, Aniey yang berlangsung bulan Disember yang lepas. Alhamdulillah syukur...majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Aku dengan kakak ipar dia, Tasha mengambil jawatan sebagai wedding planner x berdaftar dalam urusan kahwin-kahwin dorang berdua. Keluarga sebelah husband adik aku pun supporting dan ok saja. Senang nak bincang in case ada beberapa perkara yang melibatkan kedua belah keluarga.

Dalam urusan walimatul urus si Aniey ni, banyak perkara yang DIY @ do it yourself. Bermula daripada dulang hantaran, jahitan manik baju hingga ke veil nikah semua DIY. Boleh tahan berasap juga kepala hotak nak menyiapkan semua perkara yang DIY ni. Minggu-minggu terakhir nak majlis pun aku dengan Tasha masih dok touch-up mana-mana yang kurang. Seronok juga sebenarnya DIY ni...macam x percaya jer boleh jahit veil :-p.

Malam berinai bakal raja sehari...sambil pasang lagu bollywood lagi :)

Aku dengan hulubalang :-p

Time nak nikah...time ni memang lawak hehehe...dengan pak imam sekali gelak tak ingat :-p

Alhamdulillah syukur :-) selamat sudah hihihi

Majlis malam marhaban...baju yang Aniey pakai tu aku dengan dia sekali menjahit manik sampai juling :-p

Bersanding siang dengan tema pakaian Baju Tokou' @ Baju Bodo'...baju ni permintaan khas dari mama...x nak dia lupakan adat tradisi suku bugis katanya :-p

Pakej sekali dengan pengapit cilik yang tomey :-)

Signage majlis walimatul urus yang aku tulis guna cat pelaka :-)

Cantik colour baju ni...shine bright like a diamond :-p

Attire untuk bersanding sebelah malam...memang betul-betul bersanding sampai lebam

Aku dan pengantin...time ni muka aku memang hangit gara-gara Perth hahahaha :-p

Time majlis kahwin mana-mana pun sibuk kan...yang lucunya xda pula pics aku berdua-duaan dengan husband. Cissss aku pun heran.

Semoga ke Jannah yer Aniey & Arye...Insya Allah (^_^)

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

Popular Posts