Planner

By MiaAngie - February 03, 2016

Tidak terasa begitu cepat masa berlalu...dah bulan February kan. Sedar tak sedar nanti dah nak hujung tahun. Anyway, aku nak share minat kakak ipar Aniey (adik aku yang baru kahwin tu). Sabtu lepas kami dah janji nak gathered sambil main-main gunting sticker untuk planner 2016. Kebetulan ramai pula peminat-peminat tegar Starbucks yang lepaking di Starbucks Imago. Tunggu punya tunggu masih belum ada meja yang sesuai untuk kami. Hampir 10 minit tunggu, Alhamdulillah dapat sudah meja yang paling ngam. Betul-betul depan kaunter :-).

Sebenarnya, aku ni bukanlah planner addict macam Tasha. Minat sekadar untuk tulis notes penting, to-do-list dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja. Selalunya aku tulis kat kertas A4 bahagi dua (A5). Ala-ala pakai buang :-p. Namun, bila dah gathered dengan si Tasha ni baru aku paham kenapalah ada orang boleh addict dengan planner ni. Rupa-rupanya kita boleh berkreatif dengan planner sama ada dengan insert planner ataupun sticker. Ikut kreativiti masing-masing dan kepala hotak sendiri macam mana nak deco planner tu.

Tasha tunjuk planner 2016 yang dia dah fill-up untuk bulan Januari. Wowww penuh setiap column tarikh bulan satu. Pen pun colourful! Aku yang kerja ni pun selekeh jer tulis notes kat kertas...Tasha yang HW (housewife) terer berplanner (shy-shy juga aku part ni) hihihi. So Tasha pun kongsi pengetahuan dan pengalaman dia dalam berplanner ni. Cun!!! Kat oversea sana planner ni memang dah terkenal...sampai boleh buat duit lagi. Good company with best experience :-). Secara tak langsung aku dan Aniey terjebak dengan minat organize planner pula.

Ni haaa planner si Tasha untuk bulan Januari. Cantik handwriting dan colourful. Menarik kan??? Boleh guna washi tape (baru tau apa function washi tape itu) dan sticker mengikut kreativiti sendiri. 

Meja kat Starbucks itu macam kami yang punya! Namun abang misai tak kelihatan kerana dia macam anti-sosial jer hari tu...asyik dengan phone :-p

Newlywed pun gigih menggunting sticker yang disukai ramai lemak berkrim. Sticker untuk planner ni boleh google jer yang free printable planner stickers. Banyak blog yang shared sticker percuma untuk planner. Actually planner ni pun ada banyak jenis. Setakat yang aku dan tau ialah Mambi Planner and Erin Condren (macam betul jer aku ni). 

Tadaaaaa!!! Ini lah monthly planner aku untuk bulan Februari. Geng-geng planner addict panggil planner insert. Aku guna board keras supaya selesa nak menulis. Sticker yang aku tampal tu banyak kat internet. Ada macam-macam corak dan warna. Untuk monthly planner yang aku guna tu aku buat sendiri guna excel. Senang nak adjust column tu. Kalau berminat dengan monthly planner insert yang aku buat kat atas tu boleh jer download kat sini.

Kat planner atas tu aku dah marked birthday Kakak (18 Februari) and Qayra (5 Februari). Qayra ni anak Tasha...comel betul budaknya. Kena cari hadiah dah ni :-)

p/s : Travel planner pun ada khas untuk geng-geng travel. Cun kan! 


  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Uih, bestnya ada planner colorful mcm ni. Confirm tak tertinggal & nk travel pun sentiasa alert dgn tarikh tu :).

    ReplyDelete
  2. Uih, bestnya ada planner colorful mcm ni. Confirm tak tertinggal & nk travel pun sentiasa alert dgn tarikh tu :).

    ReplyDelete
  3. mak aih...sweet nye...kalau sis JM mmg x de masa nk buat semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun saya curi2 masa sis JM
      kalau ikutkan x sempat juga :-)

      Delete
  4. Love the way you are creating the planner.

    ReplyDelete

Popular Posts