BBQ

CNY BBQ

By MiaAngie - February 10, 2016

Cuti 4 hari sempena CNY 2016 tu aku & famili tak kemana-mana pun...memerap di rumah. Aku ni kalau time cuti weekend suka membuta, balas dendam tidur yang selalu x cukup itu. Jadinya memang ibarat orang mengantuk disorong bantal laaaa aku ni. Nak berjalan-jalan kan bandar KK tu pun malas sebab kedai banyak tutup mahhh :-p.

Namun begitu, Ahad malam tu aku & famili buat BBQ kat depan rumah...macam kami pula yang nak sambut CNY ni...siap ada makan besar gitu. Famili Tasha pun joined sekaki...siap sponsor ayam dan ikan. Memang meriah lah malam tu...cuma kurang main mercun ajer :-p. Menu BBQ malam tu ialah kepak ayam madu, ikan bakar, sotong bakar, sosej, bergedil jagung + sambal pencicah & nasi putih. Sambal pencicah ni aku buat dua jenis iaitu sambal kicap dan sambal halia. Time BBQ ni mama aku tarak sebab beliau masih di Pahang rumah cousin aku...kalau tak mama lah tokeh sambal pencicah ni :-p

Kakak-kakak tiga orang ni berlakon jer...hahahaha aku yang berasap depan pemanggang ni tau :-p

Tunggu turn nak kena panggang...ikan langkunis / tuna itu amat menggode :-p

Abang Ronny orang kuat pemanggang kepak dan ikan...wajid ada ni time BBQ. Member sebelah tu pun wajib ada hiks (^-^)

Kelihatan salah seorang boss yang sponsor ikan untuk BBQ ini :-p

Jemput makan...jangan segan jangan malu nanti lapaq 

Sembang-sembang sambil tunggu makanan masak

Sekali sekala kumpul ramai-ramai macam ni memang meriah + best!
Bah...dah siap makan tu harus lah mengemas sambung sembang sampai lebam :-p. Next BBQ???

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. Replies
    1. betul sis JM
      sekali sekala mcm ni seronok :-)

      Delete
  2. Paling seksi tu sayap ayam madu, hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tapi sambal sayap madu kat fujipark tu memang sedapppp

      Delete
  3. org Sabah kalau BBQ bestla dapat makan ikan fresh selalu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha itulah kelebihan duduk kat sini...ikannya cergas2 belaka :-p

      Delete
  4. bestnya....makan, sembang....makan....sembang....

    ReplyDelete

Popular Posts