Selalunya hujung minggu kalau tidak sibuk aku ajak hubby gi Popular. Kat KK kedai buku MPH takde lagi...jadi berkampung ajer di Popular tu cuci mata. Kalau ajak anak-anak aku confirm susah nak keluar dari kedai Popular tu...kalau boleh semua nak diangkutnya. Boleh bankerap :-p.
Aku ni dari bujang sampai dan beranak-pinak (^_^) memang suka beli dan baca novel. X kisah lah novel english atau BM mesti nak beli kalau gi kedai buku. Tapi aku xdelah nak main rembat jer asal ada novel baru...tengok penulis juga :-). Tapi kalau novel english aku suka seorang jer...Judith Macnaught! Hampir semua novel nukilan nenek Judith ni aku ada. Siap boleh hafal kalau novel A ni apa jalan ceritanya. Ada satu novel nenek Judith ni yang dah xde di mana-mana kedai buku di Malaysia. Gigih aku cari kat Popular dan MPH tapi punah harapan :-)). Jalan alternative cari kat laman pacik Google. Akhirnya....jumpaaaa!!! Melompat-lompat gegar lelemak aku kerana kegembiraan :-p. Novel Paradise tu aku jumpa kat Amazon! Apa lagi terus beli lah. Time beli tu masih lagi tukaran US1 dollar = RM3.00++. Kalau hari ni...memang harem ler :-p. Beli online tu kejap jer tapi nak sampai kat pintu rumah hampir 2 bulan juga...jauh perjalanan buku tu kan.
Last week aku out of town sebab ada bengkel di KL. Oleh kerana sampai awal dan belum boleh check-in, aku ajak colleague aku gi cuci mata kat Mid Valley. Gigih kami berdua naik bas metro sampai Mid Valley ok. Dah bertahun-tahun tak naik bas...rasa takut ada lah sikit sebab hampir 90% penumpang dalam bas tu banglas. Di Mid Valley aku ajak member gi MPH...saja nak melawat kawasan hiksss. Pusing punya pusing aku rembat novel terbaru Rehan Makhtar = #Hurt. Time nak bayar tu aku tertengok pekerja MPH tu tengah sibuk susun buku kat troli. Terdetik nak intai buku apa. Tup-tup buku travel...I'm A Backpacker : Europe!. Aiks macam menarik dan tertarik.
Jengjengjeng...boleh dah simpan angan-angan Mat Jenin :-p
Aku dah khatam baca buku travel ni dari depan sampai belakang. Skin to skin hahaha :-p. Harga buku ni RM25...ermmm lebih kurang harga novel gak kan. Nipis jer...dan kualiti kertas biasa-biasa :-p. Maklumat dalam buku ni ok juga dijadikan panduan kalau nak travel ke Europe nun. Ada banyak tips yang penulis catatkan dalam buku ini. Cuma ada sikit lah yang aku rasa kureng. Cetakan kualiti gambar kurang cantik...maksud aku x sharp sikit. Macam print gambar atas kertas recycle. But teknik penulisan ok...sebab straight forward. Pastu penulisan bukan ala-ala novel atau diari hahahaha. Jadinya, kalau nak gi Europe boleh jadikan buku ini sebagai panduan selain ceduk maklumat kat blog-blog travel yang best-best. Aku tak tunjuk lagi buku ni kat hubby...takut dia pening lalat dengan angan-angan Mat Jenin bini dia :-p.
Anyway, bulan Februari dan nak sampai penghujung dah...so hello March :-)). Bulan Mac ni ada perkara besar untuk aku dan hubby...Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan..Aaminnnn Ya Rabbal a'alaminnnn :-)
0 comments