Face Primer

By MiaAngie - February 21, 2016

Last December aku ada ikut kursus intensif Kecantikan dan Manicure. Fokus kursus ini lebih kepada make-up dan manicure (pedicure tarak). Kursus ini anjuran kolej kecantikan yang ada kolaborasi dengan HQ di Putrajaya nun. Setiap kolej hantar seorang wakil untuk mengikuti kursus intensif yang ada pengiktirafan City & Guilds. Berapa kos kursus ni? Perggghhh bapak mahal!!! Lebih kurang gaji sebulan gak. Memandangkan kursus ini ditanggung oleh HQ, haruslah aku bersungguh-sungguh ibarat study kat Uni.


Kursus ni dilaksanakan selama 10 hari termasuk teori dan praktikal. Akhir kursus ada internal assessment yang berkeringat gak aku dibuatnya. Insya Allah external assessment ni akan dilaksanakan pada bulan Mac depan. Time tu boleh nervousa aku dibuatnya. 

Frankly speaking, ilmu yang aku dapat selama 10 hari tu tak cukup untuk aku mahir dalam bermekap atau nak make-up muka orang lain. Boleh jadi tepung gomak muka orang tu kalau aku tersilap langkah :-p. Habis berkursus, aku banyak studied dengan pacik Google, Youtube, FB, IG dan blog-blog MUA. Selain itu, aku banyak bertanya itu ini dengan seorang pensyarah kolej di Kota Marudu nun. Dia sama-sama berkursus dengan aku tapi pengalaman dia berMUA ni dah berguni-guni. Lagipun kalau tengok Youtube boleh belajar tricks dan tips MUA terkenal.

So, bila dah selalu tengok youtubers MUA ni aku dapat satu tips yang berguna dengan kos yang rendah. Kan sekarang ni kalau nak bagi mekap tu tahan lama, 1st kena apply face primer dulu (tips ini tak diajar pun time kursus 10 hari tu :-p). Mostly, harga face primer ini ikut brand. Semakin terkenal sesuatu brand itu maka makin mahal lah produknya. Itu sudah pasti. Kalau nak beli brand macam MAC, MakeUpForever atau yang seangkatannya harus sediakan bajet rm150 - rm200++. Setakat ini yang aku rasa harga mampu milik untuk face primer adalah brand Sephora. 

Inilah face primer bagi aku yang harganya agak murah berbanding brand lain. Sephora smoothing primer = rm50.

Namun, bila aku tengok chanel MUA NikkieTutorials kat Youtube, aku dapati ada produk yang lagi murah dan berfungsi sama seperti face primer. Malah si MUA Nikkie memang guna produk ini sebelum bermekap kat Youtube tu. Dia cadangkan pakai Nivea After Shave Balm sebelum apply foundation. Sapu cream Nivea tu kat muka sampai rasa macam melekit-lekit gitu, si MUA Nikkie tu lah cakap :-p. Tapi memang betul pun sebab aku dah tried!!! 


Jengjengjeng...gambar kat atas tu lah Nivea After Shave Balm yang berfungsi sebagai face primer yang mantop dengan harga lebih murah. Satu botol ni harganya dalam rm20.90. Jimatkan! Boleh share dengan husband atau adik-beradik lelaki yang lain lepas dorang bercukur :-)). Hihihihi multifunction kannnn...

Jadi...lepas ni bolehlah try pakai Nivea After Shave Balm dulu baru apply foundation. Aku dah try dua-dua produk iaitu face primer dan Nivea ni. Kesannya memang lebih kurang. Sambil tu boleh jadi pelembap muka (^_^). Sharing is caring :)

p/s: N3 aku ni bukan iklan berbayar pun...hehehe. Saja shared ilmu yang menarik dan jimat kos especially lepas ni kena mengajar kursus pendek yang berkaitan dengan mekap. Never stop learning :-)

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Hehe. Nice entry. Lepas ni boleh share dengan pokney after shave tu. Jimat, hehe :D

    ReplyDelete
  2. hahahaha itu sdh pasti...kongsi luar dalam wakaka :-p

    ReplyDelete

Popular Posts