Exam!

By MiaAngie - March 17, 2016

Awal bulan Mac sampai sekarang aku macam x menang tangan dengan kerja di opis + urusan award beauty itu. Kerja di opis tu memang dah tanggungjawab aku so no complaint. Tapi bab urusan award tu yang aku agak stress. Macam yang pernah aku ceritakan dalam n3 sebelum ni...dalam bulan Disember tahun lepas aku telah berkursus selama 2 minggu di akademi kecantikan. Exam untuk dapatkan sijil ni Insya Allah pada 21 Mac, Isnin depan. Sebelum nak exam kena berkampung 4 hari kat pusat akademi@kecantikan tu untuk siapkan portfolio dan practice. Awal pagi setup meja kerja untuk manicure, nail art dan solekan, petang lak kena siapkan portfolio. Naik pening aku dok belek-belek portfolio sendiri. Bingung sendiri pun ada 😂😂😂.

Time berkursus tu akademi ni hanya ajar benda basic untuk manicure, nail art dan solekan. Lepas kursus tu malar aku google info dan tengok tutorial di youtube. Banyak juga tips yang aku dapat sambil cuci mata tengok makeup tutorials yang best 😄. Aku dan calon-calon lain start berkampung di akademi ni sejak selasa minggu ni. Penat bukan main...balik mesti lewat petang. Dah lah akademi tu terletak di kawasan rumah kedai pastu parking lot terhad. Datang awal xde parking, apa lagi kalau lambat...stress sekali ok! Pusing sampai 10 kali belum tentu dapat parking! Masak lah kalau setiap hati macam ni. Mampu makindalam hati jaaaa 😭😭😭

Setuap hari ada amali dan trial exam coz real time nanti ada limit masa yang perlu di patuhi oleh calon. Masa yang diberi untuk setiap subjek bagi manicure, nail art dan satu jenis solekan (solekan siang, malam @ occasion) adalah 30 minit. Mau gabra satu badan kan bila kita buat kerja ada orang yang nilai dan perhati. Kang nak lukis bunga jadi burung kat kuku client. Elok-elok nak apply solekan siang jadi macam nak gi party halloween. Pengsan!!!! So setiap hari kena practicesepanjang berkampung di akademi ni. 


Ini salah satu corak nail art yang aku buat time praktikal dengan calon seangkatan. 


Ini pula corak yang aku buat time trial exam nail art. Mujur kuku model ni santik! 


Ni lak hasil trial exam untuk solekan siang pagi tadi. Dah rezeki aku kena mekap model yang muka dia penuh dengan parut jerawat. Nangis dalam hati jer lah 😭😭😭. Sekati kot aku touch-up dengan cream foundation. Alhamdulilah boleh cover! Bilik yang ada aircond pun berbahang bila time trial ni apatah lagi kalau exam esok. Jangan pitam sudah. Esok last day practice sebelum exam sebenar pada hari Isnin depan. Aku buat relax jer depan calon-calon lain...saja tunjuk macho wakaka. Padahal dalam hati hanya Allah swt yang tahu! 

Semoga dipermudahkan urusan berkaitam exam pada Isnin depan in...aamin ya rabbal 'alamin. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts