Alhamdulillah aku dah lepas berexam bagai 21 Mac ari tu. Nak exam tu macam-macam drama lah yang berlaku. Susah ler kalau berhadapan dengan manusia yang perasan bagus dan asyik cari silap orang lain. Nampak sangat tiada life :-p. Abaikan bebelan mak noks...hahaha apa-apa pun exam dah lepas (PASS grednya) pun dah kira OK sangat-sangat. Yerlah...mestilah OK sebab make-up ni bukan core bidang aku dan geng sekapal yang lain. Semuanya bidang terjun ke laut...tapi weols usaha gak nak hadapi exam dan segala drama itew. Ambil yang baik, buruk jadi sempadan :-). Mujur aku deal dengan model yang kulit muka shantek dan kuku pun senang nak ditatariaskan. Kalau kuku kontot macam aku ni memang masak lah nak mendeko nanti. Bila tang penilaian tu aku dah malas nak fikir apa! Serius! Aku penat! Kalau boleh nak abis cepat semua ni...aku exam kat U pun tak macam ni. Time penilaian tu aku iyakan jer apa yang penilai tu komen.
Bagi aku...kalau aku rasa yang model yang aku mekap tu dah menarik (Tema aku : Night Makeup) dan puashati dengan hasil kerja aku, ok DONE. Nak komen pun komen lah! Macam mana kalau yang komen hasil kerja ko tu dia pun tak pakai mekap??? Sapa boleh jawab??? Hurmmmmm....Namun, apa-apapun pengakhiran dalam drama exam makeup ni aku fikir positif. Apa yang aku pelajari boleh build up lagi skills aku dalam melaksanakan kursus pendek yang berkaitan. Bab-bab makeup ni bagi aku tiada betul atau salah. Masing-masing ada kreativiti dan kemahiran tersendiri. Muka kita ni kan ibarat canvas...haaaaaa lukis lah ikut apa yang kita kehendaki sesuai dengan keadaan semasa. Kalau dah member nak Day Make-up, jangan lah pulak kita mekapkan muka dia dengan tema Drag. Haru biru kan tu.
Geng karas happy sebab dah abisssss exam :-)
Lagiiiii :-p
Kurang seorang lagi ni...gi mana ntah si Siti...Yipppiiiieeee dah abissss
Model kahkahkahkah...sampai tertidur-tidur budak ni aku mekapkan :-p
Lepas exam, aku gi released tension dengan dengan movie...dah lama tak ngedate dengan anak-anak dan bapaknya. Kebetulan lak minggu tu public holiday sempena Good Friday dan tayangan premier movie Batman vs Superman & Kung Fu Panda 3. Memang timing chantekkkk!!! Puas lah makan popcorm GSC yang manis gilerrr tapi sedap :-p. Weekend tu pula aku & family gi rehat-rehatkan minda di Nexus Karambunai Resort & Spa...memang seronok lah budak-budak tu mandi kolam + mandi laut smpai sunburn ngko!!! (^__^)
1 comments
Tau dah siapa yang perasan bagussssss tu. Nasiblah dia. T_T
ReplyDeleteTapi dengar-dengar macam ada sambungan lagi tu kursus. Hehe.